E-Learning (Scratch For Education)

21 September 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Sept 2020, Pusat Internet PPR Batu Gong telah mengadakan aktiviti e-learning (Scratch For Education) untuk kategori pelajar sekolah menengah. Aktiviti diadakan selama 2 jam dari pukul 2:00 petang hingga 4:00 petang. Seorang (1) peserta telah berjaya mengikuti kelas sepenuhnya. Objektif kelas pada kali ini adalah untuk melatih peserta untuk belajar berfikiran kreatif, sistematik dan memupuk nilai kerjasama yang tinggi menggunakan fungsi codding & programe untuk menghasilkan animasi, cerita dan permainan yang menarik secara dalam talian. Peserta dibawa untuk melayari laman https://scratch.mit.edu/ untuk pengenalan kepada scratch. Seterusnya, peserta dibawa untuk mengenali setiap fungsi dan butang yang terdapat dalam code projek. Semasa menghasilkan sesuatu cerita, scratch menuntuk peserta untuk bermain dengan kemahiran matematik, kemahiran berkomputer, dan pemikiran secara luar kotak agar Scratch ini mampu menjadi platform terbaik dalam perkembangan kendiri.

Berikut merupakan kebaikan menghadiri aktiviti/latihan:
• Peserta mendapat pendedahan baru berkaitan pembelajaran dalam talian yang digunakan tanpa sempadan.
• Peserta dapat melatih kemahiran kendiri dalam menghasilkan sesuatu cerita, animasi dan permainan melalui aplikasi Scratch.
• Peserta mampu meningkatkan kemahiran penggunaan komputer dalam kehidupannya.
• Peserta lebih terdedah dan bersedia untuk menempuh dunia teknologi digital yang diperlukan dalam kemahiran pembelajaran pada abad ke-21 ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali